Wednesday, 12 December 2012

Kebaikan internet yang anda kena tahu

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO


Apakah kebaikan internet? Pengguna internet seakan-akan telah menjadi sebahagian daripada aktiviti harian kepada kehidupan manusia yang hidup pada zaman ICT kini.
Internet yang dibangunkan dengan kegunaan asasnya, iaitu perkosongsian menjadikan internet ini pesat menjadi keperluan manusia zaman kini yang menginginkan kepantasan dalam komunikasi.

Kebaikan internet

Kebaikan internet
Kebaikan internet yang utama tidak lari daripada sifat atau kegunaan asasnya, iaitu perkongsian. Internet membolehkan maklumat dikirim dan diterima dengan cepat memudahkan kehidupan harian manusia dalam hal komunikasi sesama yang lain.
Disebabkan kemudahan perkongsian ini juga, kita bermanfaat dalam mendapatkan ilmu pengetahuan dengan mudah dengan menggunakan internet. Kemudahan internet mengubah cara belajar pelajar. Ramai universiti mula menawarkan kursus online. Kos yang lebih murah dan kemudahalihan (portability) merupakan dua tarikan utama pelajar akan memilih untuk belajar di rumah dan berkomunikasi hanya melalui komputer dengan pengajar.
Kebaikan internet juga termasuk pembangunan positif dalam perniagaan. Manfaat ini dirasai kooperate mahupun individu. Internet dijadikan pentas baru bagi peniaga-peniaga untuk menemui pasaran baru mereka. Perniagaan online kian mendapat sambut baik akibat pengguna internet mula mahir membuat pembelian belakangan tahun ini. Hal ini kerana galakan dan dorongan kerajaan juga, memandangkan bisnes global ini menguntungkan ekonomi negara.
Kebaikan internet merupakan topik yang agak umum. Kebaikan internet dalam aspek tertentu sebenarnya sudah cukup memenuhkan satu muka surat kertas putih. Contohnya kita boleh mendalami lagi kebaikan internet dalam perkembangan negara, kebaikan internet dalam perkembangan industri bermaklumat, pengaruh internet dalam pendidikan dan sebagai..

KEBAIKAN INTERNET

Dengan kewujudan internet pada kini telah banyak mempengaruhi kehidupan kita. Internet boleh mendatangkan pelbagai kesan kepada masyarakat dan negara. Jika kita menggunakan internet untuk tujuan baik maka banyak faedah boleh didapati melaluinya. Oleh itu, kita hendaklah menggunakan internet dengan baik. Sebenarnya, terdapat beberapa kebaikan jika kita menggunakan internet dengan baik.

MENDAPATKAN MAKLUMAT

Antara kebaikan internet ialah ia membolehkan kita mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara. Sebagai cintoh, internet banyak digunakan oleh pelajar sekolah dan pelajar universiti untuk mendapatkan maklumat tentang pelajaran. Dengan menggunakan perkhidmatan internet, kita akan mendapat maklumat yang diperlukan dengan cepat dan kosnya pun murah. Maklumat-maklumat ini boleh dicetak atau disimpan dalam computer dengan cepat dan mudah.

BERKONGSI MAKLUMAT

Selain itu, kita juga boleh menggunakan internet untuk menghantar sesuatu berita atau maklumat. Kita boleh menghantar maklumat atau berita melalui perkhidmatan e-mel. Perkhidmatan e-mel ini adalah percuma dan cepat sampai kepada pihak penerima. Pihak penerima juga boleh menghantar maklumat atau berita kepada kita dengan cepat.

PELUANG PERNIAGAAN

Kebaikan internet yang seterusnya ialah ia membantu aktiviti perniagaan. Peniaga boleh mengiklan dan menjual barang-barang keluaran syarikat mereka secara langsung kepada pelanggan di seluruh dunia. Dengan ini peniaga pasti akan mendapat keuntungan yang lebih banyak. Pelanggan juga dapat mengurangkan kos apabila membeli barang-barang daripada internet.

MEMBAYAR BIL

Di samping itu, kita juga boleh membayar pelbagai jenis bil melalui internet. Dengan kemudahan yang ada di internet ini, kita boleh menjimatkan wang bagi kos pengangkutan untuk membayar bil seperti bil telefon, elektrik dan air. Kita juga dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu lagi untuk beratur panjang di kaunter pembayaran bil.

HIBURAN

Dengan menggunakan internet, kita juga boleh mendapatkan pelbagai jenis hiburan. Kita boleh mendengar radio daripada pelbagai stesen radio. Kita juga boleh menonton televisyen daripada pelbagai stesen televisyen. Melalui perkhidmatan internet, kita juga boleh menonton pelbagal jenis sukan di seluruh dunia secara langsung.

1. Maklumat 

Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan tanpa had masa. Maklumat yang di perolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar. Enjin carian seperti google.com, search.com, yahoo.com dan sebagainya digunakan sebagai platform untuk mendapatkan maklumat. Pelayar internet hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka ingin sama ada ianya digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya. 
2. Alat komunikasi 

Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi.Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing….hanya dengan internet. Di samping itu ianya amat berguna kepada syarikat-syarikat yang mempunyai cawangan di merata dunia. Komunikasi dapat digunakan di antara setiap cawangan dengan hanya menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference. 
3. Jimatkan Kos dan Masa 

Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang ternyata tiada caj dikenakan. Disamping itu penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Penjimatan kos pengangkutan ketara dapat dilihat di syarikat-syarikat besar yang mempunyai cawangan di seluruh dunia. Mesyuarat ataupun perbincangan dapat dilakukan hanya dengan menggunakan video conference ataupun tele-conference. Mereka tidak perlu lagi travel ke merata tempat untuk bermesyuarat. Ianya malah menjimatkan masa. 
4. Berita Terkini 

Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat. Kebanyakan suratkhabar mempunyai laman web mereka sendiri seperti The Star danCNN. Laman web ini akan dikemaskini dan ianya memapar berita terkini yang berlaku di seluruh dunia.

5. Pengiklanan 
Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sesebuah syarikat itu. Ianya bukan sahaja murah malah ianya lebih berkesan kerana ianya boleh di lihat di seluruh pelusuk dunia. Terdapat syarikat yang menawarkan program Affiliate dimana ianya cara yang amat berkesan untuk mengiklankan produk sesebuah syarikat atau orang perseorangan. 
6. Hiburan 

Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton drama/movie secara atas talian dengan hanya melayari laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com danhttp://www.mysoju.com. Selain daripada itu terdapat juga permainan games yang boleh di main secara atas talian bersama-sama dengan gamers dari pelbagai pelusuk dunia. Hiburan-hiburan lain adalah seperti mendengar muzik dan juga berkenalan dengan kawan-kawan baru di alam maya. 
7. Pendidikan Secara Atas Talian 

Pada masa kini terdapat banyak Universiti yang telah menawarkan pendidikan secara jarak jauh dimana penggunaan internet amat diperlukan. Ini kerana pembelajaran di lakukan secara atas talian di mana video conference digunakan. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakuakan secara atas talian dan pelajar hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara atas talian dan kuliah boleh direkodkan dan pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara berulangkali. Di samping itu keputusan peperiksaan juga boleh di perolehi secara atas talian. 
8. Servis Perkhidmatan 

Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pengguna. Maybank2u menawarkan perkhidmatan perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh menggunakan servis yang ditawarkan tanpa memerlukan caj yang berlebihan. Begitu juga dengan syarikat penerbangan seperti AirAsia, yang mana para pengguna boleh menempah tiket penerbangan secara atas talian pada bila-bila masa. 

Internet berasal dari perkataan International Networking, merupakan dua komputer atau lebih yang saling berhubungan membentuk jaringan komputer hingga meliputi jutaan komputer di dunia (internasional). Di mana saling berinteraksi dan bertukar informasi sedangkan dari segi ilmu pengetahuan, internet merupakan sebuah perpustakaan besar yang didalamnya terdapat jutaan informasi atau data yang berbentuk teks, grafik, audio serta animasi dan lain-lain dalam bentuk media elektronik. Ini memudahkan orang ramai berkunjung ke internet tidak kira di mana sahaja berada. Manakala dari segi komunikasi internet pula adalah saluran yang sangat efektif dan efesien untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh. Disebalik penggunaan teknologi komunikasi, Internet banyak memberi kebaikan kepada belia. Namun, harus diingat bahawa Internet juga menyumbang keburukan kepada belia jika disalahgunakan. 

KEBAIKAN INTERNET

Internet banyak memberi manfaat kepada belia terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan . Internet banyak memberikan manfaat kepada belia terutama pelajar di institusi pengajian tinggi. Internet membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Internet hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan . 


Masyarakat juga tidak terlepas dari merasai bahang internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas sama ada berita liputan di dalam atau di luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti Piala Dunia mahupun berita panas seperti penggunaan kalimah Allah dan pengeboman gereja. Masyarakat berilmu dapat diwujudkan dengan adanya Internet. Melaluinya, ungkapan “katak dibawah tempurung” tidak timbul lagi. Pengguna komputer hanya perlu menggunakan hujung jari untuk mendapatkan maklumat terkini dalam semua bidang. Peristiwa yang berlaku di mana-mana sahaja dapat kita ikuti dengan serta-merta. Hal ini membolehkan kita membina satu masyarakat yang berilmu.


Internet banyak membantu dunia perniagaan. Pengusaha dapat mengiklankan perkhidmatan atau barang dalam ruang siber dan mendapat pulangan daripadanya. Contoh, RTM-Net mendapat 90,000 pelanggan manakala Utusan Malaysia Online memikat setengah juta pengguna.Melaluinya, pasaran global dapat dicapai secara terus. Perbankan, urus niaga saham, penerbitan, dan pengiklanan juga dijalankan melalui Internet. Urus niaga jual beli dapat dijalankan serentak dengan berbekalkan nombor kad kredit yang sah. Pelaburan antarabangsa dapat berkembang pesat.

Pada pandangan kami internet memberikan sumbangan yang sangat besar dalambidang pendidikan. Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek.
Bagaimana pula dengan pandangan anda dalam penggunaan e-mel?
Pada pandangan kami, E-mel pula berkesan dalam komunikasi pelbagai hala. Kemajuan ini telah mendekatkan hubungan sesama negara dan manusia. Penggunaan teknologi digital optik fiber menggantikan filem dan video. E-mel ibarat pejabat pos, manakala jaringan telekomunikasi berupa posmen. Surat-menyurat dan maklumat dapat dihantar ke seluruh pelusuk dunia dalam sekelip mata sahaja asalkan mempunyai sambungan Internet. Perhubungan antara manusia telah dipermudah dan dipercepat lagi . 

KEBURUKAN INTERNET

Adakah anda tahu disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat pada internet mempunyai beberapa kelemahan atau keburukannya. Kewujudan serta peningkatan kafe siber yang menyediakan kemudahan melayari internet telah memberi peluang kepada masyarakat terutamanya belia yang tidak mempunyai kemudahan internet di rumah, menggunakan perkhidmatan di kafe siber. Namun begitu, perkembangan yang dilihat sebagai positif ini tidak dimanfaat sepenuhnya oleh segolongan belia. Impaknya, timbul fenomena yang negatif seperti melepak di kalangan belia pada masa kini.


Penyalahgunaan perkhidmatan yang diberikan oleh pemilik kafe siber dengan menjadikan kafe siber sebagai salah satu tempat berkumpul dan melepak bagi belia dan ini boleh menimbulkan masalah-masalah sosial lain. Selain itu, kebanyakan belia juga tidak memanfaatkan kafe siber ini dengan sebaiknya. Mereka lebih suka menghabiskan masa dengan bersembang kosong di internet, melayari laman web yang tidak sesuai dan sebagainya daripada mempelajari teknologi serta menimba pengetahuan.


Internet juga membuka jalan kepada jenayah komputer. Belia yang mahir dalam komputer dapat menceroboh masuk ke dalam sistem komputer sesebuah syarikat menerusi laman webnya di Internet. Mereka mahir memecahkan kod sekuriti komputer untuk memasuki sistem komputer itu. Mereka akan mencuri maklumat penting untuk dijual kepada pesaing syarikat tersebut. Mereka juga dapat menukar atau merosakkan data di dalam komputer itu. Ada pula penjenayah yang menyebarkan virus tertentu melalui e-mel sehingga melumpuhkan sistem komputer.

Ketagihan Internet juga dapat mengubah kehidupan dan peribadi seseorang belia. Kita tidak perlu berganjak dari kerusi untuk mengikuti perkembangan antarabangsa. Belia yang dilanda “demam” Internet mungkin melupakan corak hidup yang perlu dilaksanakan. Mereka akan mengabaikan produktiviti kerja dan akan memencilkan diri semata-mata hendak menyelami maklumat dalam Internet yang tanpa batasannya. Amalan hidup berkelompok, bagai aur dengan tebing, akan terhakis. Sebaliknya, akan muncul amalan enau dalam belukar, melepas kan pucuk masing-masing. Oleh itu, Internet merenggangkan hubungan sesama manusia. Adakah penggunaan Internet kepada belia banyak membawa kebaikan daripada keburukan?

Fikir-fikirkanlah......


Copy Paste dari

http://www.jomria.com/2012/08/kebaikan-internet.html
http://alyadina.blogspot.com/2010/08/kebaikan-dan-keburukan-internet.html
http://www.jejaktrend.com/2012/07/kebaikan-internet/
http://belia2010.blogspot.com/2010/01/penggunaan-internet-kepada-belia.html
Thanks for info

Tugusan kali ini ialah tentang Kebaikan internet yang anda kena    
tahu.. 
Comments
5 Comments

5 comments:

  1. thanks sangat membantu...

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Sebab tu kita sebagai ibu bapa perlu monitor apa yg anak2 kita surfing. :)

    ReplyDelete
  3. Intinya kita harus menjaga anak-anak dari penggunaan internet hehehe

    ReplyDelete

PENAT MENAIP SO COMMENT LA SIKIT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...